Menjadi Tawanan, Tentara Israel Bercerita Tentang Al-Qassam Yang Menakjubkan
Ini adalah sebuah kisah tentang tentara Al-Qassam seperti mana yang diceritakan oleh Gilad Shalit, seorang tentara Zionis yang pernah menjadi tawanan tentera Al-Qassam selama lebih 5 tahun. Gilad mula ditawan oleh tentera Al-Qassam pada 25 Jun 2006 dan kemudiannya dibebaskan pada 18 Oktober 2011 dalam sebuah perjanjian pertukaran tawanan penjara antara Hamas dan Israel, di mana seramai 1027 orang Palestin yang berada di dalam tahanan Zionis dibebaskan sebagai tukar ganti kepada seorang tentera Zionis, Gilad Shalit.
Gilad Shalit berkata, “Aku dapat menghirup udara dan aku dapat melihat matahari, dan aku tahu aku sedang berada di atas muka bumi, aku tak tahu nama seorang pun dari mereka kerana mereka memanggil sesama mereka dengan ‘Hamas satu, Hamas dua..’, Aku membaca surat khabar dan mendengar radio, dan makanan yang disediakan untuk aku sungguh lezat”.
Dia menambah lagi, “Aku akan merasa kehilangan (rindu) kepada beberapa orang penjaga penjara (anggota Hamas), aku belajar banyak tentang Islam semasa dalam tempoh aku ditawan dan aku telah membaca banyak buku, aku tidak mendengar sembarang perbincangan rahasia antara mereka, mereka semua memakai topeng dan berinteraksi sesama mereka dengan bahasa isyarat”.
Dia menyambung lagi, “Ada seorang dokter datang kepada aku, dan memeriksa kesihatanku secara berkala, dia memakai seragam tentera Hamas, dan aku berjanji kepada mereka bahawa aku tak akan mengangkat senjata lagi bagi menentang orang-orang Palestina”.
Gilad menyempurnakan kisahnya, “Selepas dua hari aku ditawan, mereka memberitahu aku bahawa mereka tidak akan membunuh mana-mana tahanan walau apa pun yang terjadi, mereka menjaga seragam tentera aku tetapi aku menolak untuk memakainya pada masa tersebut, aku tidak pernah disiksa dan aku tidak pernah dipukul walau sekali pun. Tetapi aku menangis dengan banyak sekali ketika permulaan kata-kata mereka semasa dalam tempoh soal negara”.
Gambar (foto diatas) adalah keadaan Gilad Shalit semasa masih dalam tawanan tentera Al-Qassam yang dipublikasikan oleh pihak Hamas pada 2 Oktober 2009.
Info tentang perjanjian pertukaran tahanan penjara Gilad Shalit pada tahun 2011 :
http://en.wikipedia.org/wiki/Gilad_Shalit_prisoner_exchange
*Sumber: Aman Palestin
0 Response to "Menjadi Tawanan, Tentara Israel Bercerita Tentang Al-Qassam Yang Menakjubkan"
Posting Komentar